Pages

Wednesday, July 3, 2013

Kisah Wanita Tua Dan Seekor Kucing Di Tanah Suci Mekah


Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi Sunnah Rasullah S.A.W., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka berkat khidmatnya yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di Kota Suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh kaki dan lututnya yang sakit tadi tiba-tiba menjadi sihat dan kuat seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu.

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita S.A.W. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam


Subhanallah..... Hikmah berbuat baik pada haiwan.. Sayu rasa hati PapaBam bila membaca cerita ini...

Tuesday, July 24, 2012

GAMBAR PILIHAN

PapaBam tak boleh tengok gambar-gambar kucing yang comel-comel.. geram...

KISAH MEMEY


PapaBam nak ceritakan kisah Memey kucing pertama PapaBam dan MamyBam pelihara.. adik ipar PapaBam Nuoi yang kenalkan dengan Memey.. masa tu Nuoi jumpa Memey ni tengah merayau-rayau kehilangan ibunya.. PapaBam kesian tengok Memey masa tu kurus je.. dengan basahnye berhujan.. PapaBam terus je pelihara Memey ni dengan MamyBam..  Sayang sangat MamyBam dengan Memey.. Dapatlah menghiburkan hati PapaBam dan MamyBam melihat kelucuan Memey..  PapaBam sempat juga merakamkan aksi-aksi Memey bermain sorang-sorang.. suka sangat PapaBam dan MamyBam tengoknye.. nanti PapaBam cuba uploadkan videonye.. 

Sayang sekali hanya beberapa bulan saja PapaBam dan MamyBam pelihara Memey.. Memey hilang entah kemana.. MamyBam punyalah sedih.. PapaBam pun sedih jugak.. tapi taknaklah tunjukan depan MamyBam.. nanti MamyBam tengok PapaBam sedih, MamyBam lagi la sedih.. PapaBam tahan je kesedihan.. jenuh juga memujuk MamyBam jangan sedih-sedih.. alasan yang PapaBam bagi, ‘nanti balik la Memey tu…’ tapi sampai sekarang Memey tak balik-balik.. PapaBam doakan Memey dalam keadaan selamat dan sejahtera samaada Memey masih hidup ataupun sudah meninggal…

Monday, July 23, 2012

SALAM RAMADAN.....



Assalamualaikum.. Salam Ramadan… dan rasanya PapaBam tidak terlewat untuk ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam di muka bumi Allah S.W.T. ini.. di sini PapaBam cuma ingin menyarankan kepada semua yang berpuasa jauhkanlah daripada nafsu kita iaitu yang paling tinggi nafsu kita pada bulan Ramadan ini adalah nasfu makan.. PapaBam cuma hendak berkongsi apa yang PapaBam belajar dalam sehari dua ini.. hari pertama PapaBam berbuka puasa di Poli sebab PapaBam ada ambil kelas secara sambilan.. setiap hari Sabtu dan Ahad PapaBam akan menghadiri kelas tersebut.. jadi PapaBam berbuka bersama kawan-kawan kuliah.. kami pergi lah ke Bazar di Medan Gopeng.. punyalah sesak dengan orang ramai.. sampai kan jalan pun berlaga-laga bahu.. uhh.. dalam hati PapaBam berkata-kata, mungkin hari pertama puasa ni yang membuatkan orang terlalu ramai.. PapaBam dan kawan belilah apa yang patut untuk berbuka.. PapaBam rasa macam nak beli makanan untuk tengah malam karang, maklumlah kelas habis dalam pukul 10 mlm.. takut balik karang terasa lapar pulak.. Tarawih terpaksalah bekorban pada hari tu.. MamyBam lak kerja.. Balik pukul 8 mlm.. Tak sempat nak masak apa-apa dah.. cuma stanby barang-barang, awas-awas yang nak masak sahur nanti.. last-last PapaBam tak beli jugak makanan untuk makan balik kelas karang sebab orang terlalu ramai.. dalam kesesakan orang ramai tu, kami pun baliklah ke Poli.. tunggu masa je nak berbuka.. PapaBam ada la beli Nasi Ayam Berempah dan Popia Basah.. bila balik kelas je, dalam pukul 10.30 mlm la lebih kurang, terasa pulak lapar.. memang lapar sampaikan terasa menyesal tak beli makanan tadi..
Hari kedua puasa pulak, PapaBam dah macam nak balas dendam pulak.. hari Ahad kelas habis dalam pukul 5.30 ptg.. lepas habis kelas je PapaBam pergi la bazar yang tak berapa ramai orang sangat.. bazar yang kecil-kecil je.. mula-mula pergi la ke Bazar Ramadan Taman SPPK.. teringatkan Tepung Bungkus nye sedap.. bila sampai je, tengok tempat yang Pakcik & Makcik yang berniaga tahun lepas dah orang lain pulak yang berniaga.. cuba cari jugak, tapi tak da jugak.. dah tak berniaga la kot.. PapaBam pergi pula ke Bazar Ramadan Taman Temara, yang tak berapa sesak la.. nak cakap banyak beli lauknya pun tak da jugak.. PapaBam beli la Ikan Masak Kari seketul.. Tempe Masak Sambal.. Lepas tu terjumpa la kawan lama PapaBam.. dia berniaga Ayam Percik.. tak semena-mena dia pun bagi la PapaBam ayam percik.. PapaBam nak la membayarnya, tapi dia tolak.. rezeki PapaBam la ni.. lepas tu beli la air Soya Cincau sebungkus.. lepas tu PapaBam pun baliklah sebab nak masak nasi.. tengah jalan nampak pulak orang tengah memanggang Pulut Panggang / Pulut Udang.. kuih pun PapaBam tak beli lagi ni.. Singgah la pulak.. tengok macam best je.. PapaBam belilah 2 ringgit sama dengan 6 ketoi.. dalam hati rasa banyak jugak.. tapi rasa boleh habis sebab PapaBam memang suka sangat dengan pulut panggang ni.. tengah onway nak balik, MamyBam pulak telefon suruh ke rumah abahnya, pak mertua PapaBam la tu, untuk ambil Bubur Lambuk.. uhh.. jadi banyak la pulak rezeki hari ni.. MamyBam tak makan banyak sekarang ni.. diet.. tak pe la.. cuba la makan.. pendekan cerita lepas je makan nasi berbuka, tengok pulut panggang tadi pun tak lalu.. Bubur Lambuk pun tak jamah.. Ayam Percik tadi pun tak habis.. alahai.. ruginya..  lepas tarawih lak, leh la makan 2 ketoi je pulut panggang.. yang lebihnya dommm..dalam tong sampah..
Ni la rupanya.. kita ni makan tak da la banyak mana.. ikut nafsu je lebihnya.. sama-samalah kita beringat.. Ramadan yang lepaspun terjadi juga begini.. mungkin dah terlupa.. setahun yang lepas..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...