Assalamualaikum..
Salam Ramadan… dan rasanya PapaBam tidak terlewat untuk ucapkan Selamat
Berpuasa kepada semua Umat Islam di muka bumi Allah S.W.T. ini.. di sini
PapaBam cuma ingin menyarankan kepada semua yang berpuasa jauhkanlah daripada
nafsu kita iaitu yang paling tinggi nafsu kita pada bulan Ramadan ini adalah
nasfu makan.. PapaBam cuma hendak berkongsi apa yang PapaBam belajar dalam
sehari dua ini.. hari pertama PapaBam berbuka puasa di Poli sebab PapaBam
ada ambil kelas secara sambilan.. setiap hari Sabtu dan Ahad PapaBam akan
menghadiri kelas tersebut.. jadi PapaBam berbuka bersama kawan-kawan kuliah.. kami
pergi lah ke Bazar di Medan Gopeng.. punyalah sesak dengan orang ramai.. sampai
kan jalan pun berlaga-laga bahu.. uhh.. dalam hati PapaBam berkata-kata,
mungkin hari pertama puasa ni yang membuatkan orang terlalu ramai.. PapaBam dan
kawan belilah apa yang patut untuk berbuka.. PapaBam rasa macam nak beli
makanan untuk tengah malam karang, maklumlah kelas habis dalam pukul 10 mlm..
takut balik karang terasa lapar pulak.. Tarawih terpaksalah bekorban pada hari
tu.. MamyBam lak kerja.. Balik pukul 8 mlm.. Tak sempat nak masak apa-apa dah..
cuma stanby barang-barang, awas-awas yang nak masak sahur nanti.. last-last
PapaBam tak beli jugak makanan untuk makan balik kelas karang sebab orang
terlalu ramai.. dalam kesesakan orang ramai tu, kami pun baliklah ke Poli.. tunggu
masa je nak berbuka.. PapaBam ada la beli Nasi Ayam Berempah dan Popia Basah.. bila
balik kelas je, dalam pukul 10.30 mlm la lebih kurang, terasa pulak lapar.. memang
lapar sampaikan terasa menyesal tak beli makanan tadi..
Hari kedua
puasa pulak, PapaBam dah macam nak balas dendam pulak.. hari Ahad kelas habis
dalam pukul 5.30 ptg.. lepas habis kelas je PapaBam pergi la bazar yang tak
berapa ramai orang sangat.. bazar yang kecil-kecil je.. mula-mula pergi la ke
Bazar Ramadan Taman SPPK.. teringatkan Tepung Bungkus nye sedap.. bila sampai
je, tengok tempat yang Pakcik & Makcik yang berniaga tahun lepas dah orang
lain pulak yang berniaga.. cuba cari jugak, tapi tak da jugak.. dah tak
berniaga la kot.. PapaBam pergi pula ke Bazar Ramadan Taman Temara, yang tak
berapa sesak la.. nak cakap banyak beli lauknya pun tak da jugak.. PapaBam beli
la Ikan Masak Kari seketul.. Tempe Masak Sambal.. Lepas tu terjumpa la kawan
lama PapaBam.. dia berniaga Ayam Percik.. tak semena-mena dia pun bagi la
PapaBam ayam percik.. PapaBam nak la membayarnya, tapi dia tolak.. rezeki
PapaBam la ni.. lepas tu beli la air Soya Cincau sebungkus.. lepas tu PapaBam
pun baliklah sebab nak masak nasi.. tengah jalan nampak pulak orang tengah memanggang
Pulut Panggang / Pulut Udang.. kuih pun PapaBam tak beli lagi ni.. Singgah la
pulak.. tengok macam best je.. PapaBam belilah 2 ringgit sama dengan 6 ketoi..
dalam hati rasa banyak jugak.. tapi rasa boleh habis sebab PapaBam memang suka
sangat dengan pulut panggang ni.. tengah onway nak balik, MamyBam pulak telefon
suruh ke rumah abahnya, pak mertua PapaBam la tu, untuk ambil Bubur Lambuk..
uhh.. jadi banyak la pulak rezeki hari ni.. MamyBam tak makan banyak sekarang
ni.. diet.. tak pe la.. cuba la makan.. pendekan cerita lepas je makan nasi
berbuka, tengok pulut panggang tadi pun tak lalu.. Bubur Lambuk pun tak jamah..
Ayam Percik tadi pun tak habis.. alahai.. ruginya.. lepas tarawih lak, leh la makan 2 ketoi je
pulut panggang.. yang lebihnya dommm..dalam tong sampah..
Ni la
rupanya.. kita ni makan tak da la banyak mana.. ikut nafsu je lebihnya.. sama-samalah
kita beringat.. Ramadan yang lepaspun terjadi juga begini.. mungkin dah
terlupa.. setahun yang lepas..