Pages

Tuesday, July 24, 2012

GAMBAR PILIHAN

PapaBam tak boleh tengok gambar-gambar kucing yang comel-comel.. geram...

KISAH MEMEY


PapaBam nak ceritakan kisah Memey kucing pertama PapaBam dan MamyBam pelihara.. adik ipar PapaBam Nuoi yang kenalkan dengan Memey.. masa tu Nuoi jumpa Memey ni tengah merayau-rayau kehilangan ibunya.. PapaBam kesian tengok Memey masa tu kurus je.. dengan basahnye berhujan.. PapaBam terus je pelihara Memey ni dengan MamyBam..  Sayang sangat MamyBam dengan Memey.. Dapatlah menghiburkan hati PapaBam dan MamyBam melihat kelucuan Memey..  PapaBam sempat juga merakamkan aksi-aksi Memey bermain sorang-sorang.. suka sangat PapaBam dan MamyBam tengoknye.. nanti PapaBam cuba uploadkan videonye.. 

Sayang sekali hanya beberapa bulan saja PapaBam dan MamyBam pelihara Memey.. Memey hilang entah kemana.. MamyBam punyalah sedih.. PapaBam pun sedih jugak.. tapi taknaklah tunjukan depan MamyBam.. nanti MamyBam tengok PapaBam sedih, MamyBam lagi la sedih.. PapaBam tahan je kesedihan.. jenuh juga memujuk MamyBam jangan sedih-sedih.. alasan yang PapaBam bagi, ‘nanti balik la Memey tu…’ tapi sampai sekarang Memey tak balik-balik.. PapaBam doakan Memey dalam keadaan selamat dan sejahtera samaada Memey masih hidup ataupun sudah meninggal…

Monday, July 23, 2012

SALAM RAMADAN.....



Assalamualaikum.. Salam Ramadan… dan rasanya PapaBam tidak terlewat untuk ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam di muka bumi Allah S.W.T. ini.. di sini PapaBam cuma ingin menyarankan kepada semua yang berpuasa jauhkanlah daripada nafsu kita iaitu yang paling tinggi nafsu kita pada bulan Ramadan ini adalah nasfu makan.. PapaBam cuma hendak berkongsi apa yang PapaBam belajar dalam sehari dua ini.. hari pertama PapaBam berbuka puasa di Poli sebab PapaBam ada ambil kelas secara sambilan.. setiap hari Sabtu dan Ahad PapaBam akan menghadiri kelas tersebut.. jadi PapaBam berbuka bersama kawan-kawan kuliah.. kami pergi lah ke Bazar di Medan Gopeng.. punyalah sesak dengan orang ramai.. sampai kan jalan pun berlaga-laga bahu.. uhh.. dalam hati PapaBam berkata-kata, mungkin hari pertama puasa ni yang membuatkan orang terlalu ramai.. PapaBam dan kawan belilah apa yang patut untuk berbuka.. PapaBam rasa macam nak beli makanan untuk tengah malam karang, maklumlah kelas habis dalam pukul 10 mlm.. takut balik karang terasa lapar pulak.. Tarawih terpaksalah bekorban pada hari tu.. MamyBam lak kerja.. Balik pukul 8 mlm.. Tak sempat nak masak apa-apa dah.. cuma stanby barang-barang, awas-awas yang nak masak sahur nanti.. last-last PapaBam tak beli jugak makanan untuk makan balik kelas karang sebab orang terlalu ramai.. dalam kesesakan orang ramai tu, kami pun baliklah ke Poli.. tunggu masa je nak berbuka.. PapaBam ada la beli Nasi Ayam Berempah dan Popia Basah.. bila balik kelas je, dalam pukul 10.30 mlm la lebih kurang, terasa pulak lapar.. memang lapar sampaikan terasa menyesal tak beli makanan tadi..
Hari kedua puasa pulak, PapaBam dah macam nak balas dendam pulak.. hari Ahad kelas habis dalam pukul 5.30 ptg.. lepas habis kelas je PapaBam pergi la bazar yang tak berapa ramai orang sangat.. bazar yang kecil-kecil je.. mula-mula pergi la ke Bazar Ramadan Taman SPPK.. teringatkan Tepung Bungkus nye sedap.. bila sampai je, tengok tempat yang Pakcik & Makcik yang berniaga tahun lepas dah orang lain pulak yang berniaga.. cuba cari jugak, tapi tak da jugak.. dah tak berniaga la kot.. PapaBam pergi pula ke Bazar Ramadan Taman Temara, yang tak berapa sesak la.. nak cakap banyak beli lauknya pun tak da jugak.. PapaBam beli la Ikan Masak Kari seketul.. Tempe Masak Sambal.. Lepas tu terjumpa la kawan lama PapaBam.. dia berniaga Ayam Percik.. tak semena-mena dia pun bagi la PapaBam ayam percik.. PapaBam nak la membayarnya, tapi dia tolak.. rezeki PapaBam la ni.. lepas tu beli la air Soya Cincau sebungkus.. lepas tu PapaBam pun baliklah sebab nak masak nasi.. tengah jalan nampak pulak orang tengah memanggang Pulut Panggang / Pulut Udang.. kuih pun PapaBam tak beli lagi ni.. Singgah la pulak.. tengok macam best je.. PapaBam belilah 2 ringgit sama dengan 6 ketoi.. dalam hati rasa banyak jugak.. tapi rasa boleh habis sebab PapaBam memang suka sangat dengan pulut panggang ni.. tengah onway nak balik, MamyBam pulak telefon suruh ke rumah abahnya, pak mertua PapaBam la tu, untuk ambil Bubur Lambuk.. uhh.. jadi banyak la pulak rezeki hari ni.. MamyBam tak makan banyak sekarang ni.. diet.. tak pe la.. cuba la makan.. pendekan cerita lepas je makan nasi berbuka, tengok pulut panggang tadi pun tak lalu.. Bubur Lambuk pun tak jamah.. Ayam Percik tadi pun tak habis.. alahai.. ruginya..  lepas tarawih lak, leh la makan 2 ketoi je pulut panggang.. yang lebihnya dommm..dalam tong sampah..
Ni la rupanya.. kita ni makan tak da la banyak mana.. ikut nafsu je lebihnya.. sama-samalah kita beringat.. Ramadan yang lepaspun terjadi juga begini.. mungkin dah terlupa.. setahun yang lepas..

Saturday, July 14, 2012

MEMEY

Ini lah Memey.. kucing yang pertama PapaBam dan MamaBam pelihara.. Nanti PapaBam tulis kisah si Memey ni...

Wednesday, May 9, 2012

BAM... BAM...

Huh... Semalam Bam buat perangai. Risau PapaBam dan MamyBam. Selalunya bila PapaBam balik kerja, Bam ada je di area-area rumah. Petang semalam tak ada pulak. Tinggal je Tom terkontang-kanting kat depan rumah. Risau di buatnya. Bila hampir Magrib, PapaBam ronda la dengan kereta kat area rumah. Tapi batang hidung pun tak nampak. Tak apa la.. sat-sat lagi balik la tu... Saja nak memujuk hati yang tengah risau.. Sampailah MamyBam balik kerja pukul 8.15 malam, Bam tak juga balik-balik. PapaBam dan MamyBam pun sambung mencari Bam dengan berjalan kaki je di area rumah. Bam... Bam... MamyBam memekik. Kelibat dia pun tak nampak-nampak.. PapaBam dan MamyBam pun balik lah.. dah puas mencari. MamyBam lagi la risau.. PapaBam dan MamyBam tunggulah dirumah. MamyBam memasak pun tak senang. Macam dengar je Bam tu mengiau-ngiau. Tapi perasaan MamyBam je. Perut pun lapar juga. Nak makan pun macam tak da selera. Hampir pukul 10 malam, tiba-tiba nampak lah kelibatnya di luar rumah.. Ha... tu pun Bam.. MamyBam terperasan Bam ada depan rumah.. Bam..... kamu main kat mana ni..? Risau Mamy tahu tak.. Bam tu dah tak dan-dan nak masuk ke sangkar dia.. Lebih-lebih lagi Tom dah ada dalam sangkar.. terus je MamyBam masukan Bam dalam sangkarnya.. Emm... Bam sampai jilat-jilat Tom.. Rindu sangat la tu.. Lepas tu terus je makan.. Ha... MamayBam cakap, lapar la tu, satu hari tak makan... mana la mainnye.. Bila cari batang hidung pun tak nampak.. Nasib baik tahu balik rumah.. Sesat la tu, PapaBam mencelah.. 

Dari kecik peliharanya.. Mana lah MamyBam tak sayang.. Bam... Bam... Hari ni MamyBam tak bagi keluar.. Duk lah dalam sangkar tu sehari ni.. Masa PapaBam nak pergi kerja pagi tadi, Bam dengan Tom buat muka kesian.. PapaBam cakap, hari ni duk rehat.. Semalam main sampai malam baru balik.. Sian...

Wednesday, May 2, 2012

TWO COLOUR OF EYES

Cats have 2 different eye colors. Allah S.W.T. creation was so cute and very pretty eyes. Variegated eye phenomenon is called Heterochromia.

GAMBAR MENARIK


Thursday, April 19, 2012

Dirgahayu: Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

Hari ini, 19 April 2012, cuti umum untuk seluruh negeri Perak Darul Ridzuan. Sempena ulangtahun keputeraan baginda Sultan yang ke 84 tahun.
Kami rakyat Perak mendoakan semoga Tuanku dan keluarga sentiasa di dalam limpah rahmatNya.

Monday, April 16, 2012

Loving


KUCING DIJADIKAN MAKANAN ESOTIK DI CHINA



Di Beijing, kucing-kucing terbiar akan ditangkap dan dijual. Kemudian dibunuh dan akan dijadikan makanan exotik diorang. Kejadian ini betul-betul berlaku di sebuah pasar di china. Lebih 10,000 ekor kucing dijual dan dibunuh setiap hari.
 
Lagi kesian bila kucing-kucing ni dikurung dengan padatnya di dalam sebuah sangkar kecil sebelum dibunuh. Mana sifat keperimanusiaan diorang ni.

 
Lebih menyedihkan apabila proses memasak kucing ini dilakukan dengan cara yang sangat kejam seperti memasak sup kucing dengan cara merebus kucing secara hidup-hidup. Ada pelbagai teknik lain lagi  untuk memasak  kucing ini. Ada yang memukul dulu kucing itu sehingga mati dan  ada pula yang direbus hidup-hidup. 


Ya Allah,  kenape korang sanggup buat kat kucing macam tu? Kucing kan comel. Pi la makan benda lain.. 

PULAU KUCING DI JEPUN


Pulau Tashiro
Di sebalik populariti Kampung Tashiro sebagai Pulau Kucing, kebanyakan warga pulau ini yang sudah lanjut usia mengharapkan perkara lain iaitu keda­tangan warga baru. Dihuni oleh kira-kira 100 orang yang purata usia mereka 70 tahun ke atas, komuniti Tashiro berharap kucing-kucing dapat menjadi magnet yang menarik pelancong sekaligus menambah jumlah penghuni desa.


Tashiro tidak didiami seekor anjing pun. Selain itu, pemandangan yang biasa dilihat di kota-kota moden Je-pun tiada di sini. Tiada pasar raya atau lampu trafik. Populasinya telah menurun 10 kali ganda sejak tahun 1960 kerana ba-nyak warga berpindah ke bandar lain. Namun beberapa tahun lalu, Tas­hiro mula terkenal sebagai Pulau Kucing. Pada masa itu, sebuah stesen televisyen membuat siaran langsung tentang Jack the Lop Ear, seekor kucing jantan berbelang hitam putih. Sekarang Jack adalah tarikan utama bandar itu. Gerak-gerinya yang cornel berbanding kucing lain menyebabkan popularitinya memuncak.

Jack bukan kucing pertama yang menjadi idola nasional di Jepun. Tahun lalu, seekor kucing bernama Tama diangkat sebagai 'ketua' stesen kereta api Kinokawa di wilayah Wakayama. Sebuah topi ketua stesen turut diberikan kepadanya. Kehadiran Ta-ma turut mengundang kedatangan pelancong ke pekan kecil itu.

Di Tashiro, para nelayan sering memberi ikan kepada beribu-ribu ekor kucing yang ada. Haiwan itu sangat mudah dilihat di pulau seluas 314 kilometer persegi yang terletak 20 kilometer dari pelabuhan Ishi-nomaki di utara Jepun itu.


ABU HURAIRAH




Abu Hurairah.. siapakah dia? Agak mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini... Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu.  Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis, tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing.  

Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah.

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.   

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr (nama sebenar Abu Hurairah) menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.  Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.

Sunday, April 15, 2012

SPHYNX CAT

Kucing tanpa bulu 
(sebenarnya mempunyai bulu tetapi bulunya sangat halus dan pendek) 
Kucing adalah satu spesis kucing yang telah wujud sejak tahun 1960 lagi di kanada, iaitu apabila kucing biasa melahirkan sepasang anak spesis ini dan dari situ ramai pengkaji kucing ini membiakkannya supaya generasi unik ini tidak terus pupus ianya terjadi atas faktor genetik.
Disebabkan penampilannya itu kucing ini memerlukan penjagaan yang rapi dari segi pembersihan, mandi, pemotongan kuku, pembersihan telinga, hidung, mata dan juga pemanasan extra seperti menyediakan selimut, kain atau sebagainya.
Kucing ini suka dibelai dan akan merajuk jika penjaga tidak menghiraukannya. Kucing ini juga sesuai dibela oleh orang yang mengalami alahan dengan bulu kucing walaubagaimanapun air liur dan peluh kucing ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami alahan, bergantung pada individu.
Kucing ini adalah kucing yang paling mahal di Malaysia dengan berat antara 4-6 kg dijual dengan harga RM300 hingga RM6000 seekor.

Saturday, April 14, 2012

MUEEZA

Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza.

Setiap Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan ditaruh di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza selalu mengeong ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara adzan.
 

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah suatu kali Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza.
 

Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu. Nabi menekankan bahwa kucing itu tidak najis.Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.
 

Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
 

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
 

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.
 

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
 

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.
 
Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...